Hari ini......
Hari penuh cerita....walaupun harinya belum mencecah senja.....hari ini sama seperti hari ini yang lepas...cuma hari ini hari Jumaat....Jumaat yang keramat...Jumaat penuh rahmat....
Hari ini jatuhnya pada hari lahir anak bongsu aku (iye ke bongsu...hehehe...)Hari ini genap setahun putera aku yang keenam, Nadi Syurga. Macam tak caya je...Sakit operate pun masih terasa-rasa.Tup..tup dah setahun dah putera cumel aku nih!!! Takde majlis meriah apalagi kenduri tumbang kerbau atau lembu...Memandangkan bajet bulan ni berlubang jadi aku cuma buat majlis santai kami anak beranak. Kek puding buat sendiri tambah sikit2 jajan buat syarat bergambar kenangan.Lepas tu kami soru nasik la pulak....Seronoknye tengok gelagat dan celoteh abang dan kakak yang lebih excited dari yang tukang sambut...memang meriah. Itu la untung beranak ramai, riuh cam buat kenduri...hehehe...Best tengok anak anak makan kek tak cukup bahan dan dapat pujian melangit pulak...hehehe...yang penting hapi hapi famili...hehehe (gelak laiee..)
Hari ini projek sulung company hubby ditolak Astro. Sebabnya jalan cerita tak best.Memang patut la pun...memang cerita tu meleret.Itu la jadinya kalau tukang buat cerita syok sendiri. Skrip meleret mengalahkan drama purba....Bercakap tak mahu kalah, ditegur tak mahu mengalah. Inilah dia spesis manusia yang orang kata...orang kata la...bukan aku kata...orang kata...manusia bo*7!/+bong...Nasib baik animation gempak!!! Ni bukan masuk bakul angkat sendiri...(larat ke?)Nak tukar skrip memang tak dapet la!! Projek dah jalan 60%, nak patah balik...banyak nak cover tuh...pendek cerita, anggaplah tak de rezeki kat situ...
Hari ini, downpayment untuk kereta setel jugak....Akhirnya, dapat jugak kereta walaupun kereta sambung bayar.Maklumlah nama hubby dan terkantoiii... Buat masa ni, memang cara ni yang paling layak untuk orang macam kami. Memandangkan kereta ni mak aku yang rekomen dan tuan punya kereta pulak rapat dengannya...jadi takde masalah dalam urusan dan percaya...Insya Allah.Senanglah nak amik dan antar anak pegi dan balik sekolah...Alhamdulillah.
Hari ini tak dapat balik kampung sebab masalah yang tak dapat dielakkan.Anak buah aku bertunang esok, tak dapat nak sama - sama sambut.Tak dapat juga nak menghulur sebarang buah tangan malah lebih sedih tak dapat nak menolong apa yang patut..... Ini adalah anak buah aku yang pertama bertunang dan Insya Allah yang pertama bakal naik pelamin...doa - doakanlah....Selamat Bertunang buat Ngah dan pasangan (alamak tak ingat nama daaa..)
Hari ini mak call kasitau abah kena ketumbuhan prostat...alahai, kesian abah....Bulan 3 ni, abah akan dibedah untuk buang ketumbuhan yang makin membesar. Aku akan cuba balik pada tarikh tu nanti....Insya Allah.
Hari ini tengok berita...terkejut tentang rusuhan di Perak. Bantahan terhadap keputusan Sultan. Heran kenapa benda macam ni boleh berlaku... bukan ke negara kita pun sibuk mencanang keamanan untuk bumi Palestin. Kenapa tak amik macam iktibar. Negara kita pun nak jadi diorang ke?? Tak ingat ke reformasi 1998 (sape punya keje la tu ye...)Palestin berperang dengan kafir israel laknatulah demi menuntut hak bumi mereka....Tetapi kita...bermusuh sesama melayu dan lebih teruk sesama islam kerana oranng yang belum tentu berbaloi.Aku ni tak pandai politik apalagi bercerita tentangnya. Aku cuma rakyat yang ambil tahu dan merumuskan darinya apa yang benar dan apa yang nampak benar...
Hari ini aku dapat menambah sedikit catatan novel cerpen aku yang dah lama sepi....... Idea datang mencurah lalu jari ini menari memetik kekunci selari cetusan akal dan hati mengekpresinya menjadi bait - bait kata dan puisi....jari ini makin ligat menari...dan menari...dan menari lagi...sehingga tiba - tiba ia mati....... bila anakku nak susu lagi....
Hari ini kilo ku bertambah lagi mencecah sasaran wawasanku...OBESITI... hehehe... Aduh !!! Sawan kalo camnih...