HaLaMaN BaHaGiA

Aku Punya Cerita...Aku punya Suka...

Dan di pagi itu, aku berdialog pada diri sendiri apakah mungkin terjadi kehidupan sebegini sempurna....sedangkan sepohon pokok yang hidup cuma kaku dan tegak seperlama juga punya kisahnya. Daunnya dijamah serangga, buahnya dicubit ulat... Inikan pula aku, manusia punya kaki yang bergerak di atas titian hidup yang takdirnya yang belum tentu.... yang punya sejuta kisah unuk dilayarkan atas pentas dunia sementara..... yang masih punya ceruk yang belum dirantau redah. Pasti sesekali aku akan tersandung atau mungkin melalui sebuah lara. Lebih teruk aku terpaksa memilih untuk berhenti bila destinasi itu sendiri mati.Tetapi itulah kehidupan, tersirat dan tersurat...malah terselit dan menyelit....

Bersantai Petang


Entah keberapa kali kami kesini... tak tahu ada pondok istimewa tersorok di sini. Nyaman walau sesekali di gigit nyamuk. Pondok buluh agak sedikit usang tapi masih kukuh. Dapatlah kami 'port' santai kami. Menjamu nasi dengan situasi begini memang luarbiasa seleranya. Sekali hadap je, habis licin semuanya.Selepas kenyang, berjalan - jalan lah pula... sempat juga kami sedas dua bergambar.

Lelah aku  mengejar Adinda yang makin ligat. Tengok saja gelagatnya bergambar....

Singgah di Menara, berat je aku nak sama naik, dek kerana anak - anak mendesak aku gagahkan juga. Separuh jalan di Menara, kaki sudah terasa lembik. Jalanku lurus tak memandang kiri kanan apatah lagi ke bawah.... sendiri cari pasal, padanlah muka. Jangan kenan kat baby sudah....heee... Mungkin penangan mengandung, gayatku menjadi - jadi.

AIDILFITRI 2014


Persiapan Aidilfitri serba sederhana, keutamaan memang buat anak. Pakaian rasmi daku tak tukar, cuma ulang pakai baju  aildifitri lepas. Yang mana tak muat je daku beli. Hari pertama di rumah ayah bonda di Kuala Selangor. Semua ada di pagi raya,beronok ronok  kami beranak ranak... Havoc tak ingat....

Raya ke - 5, bergerak pulang Pahang. Sampai saja dijamu lemang berbatang - batang. Lesu daku dibuatnya. Anak - anak sakan mengutip buah rambutan. Kebetulan musim buah rambutan dan durian...

Perjalanan balik sempat jugak mengedik santai ber 'foto' an. Singgah minum kopi sekejap di perhentian Lentang sempat juga sedas dua....heee.

KOMPILASI XTVT ANAK -ANAK.


Kakak Dina menyertai pertandingan kraf Puteri Islam peringkat sekolah. Peserta dikehendaki membuat bunga dan pasu dari barangan terpakai. Kakak dapat jadi Juara tau.... Bangga ibu..

Baby mewakili sekolah untuk eureka peringkat daerah. Hasil tangan baby dan kumpulan boleh tahan. Kumpulan diorang dapat tempat ketiga ... Satu kebanggaan sebab ini kali pertama sekolah menyertai pertandingan.Untuk yang tiada pengalaman, pencapaian baby dan kumpulan memang sangat bagus...Bangga ibu ....

MINI MALAYSIA 2014


Meronda di bandaraya Melaka. Kali ini kali kedua kami ke sana... Tak banyak tempat singgah memandangkan kesuntukan masa. Hari pertama di sana, kereta rosak tak semena - mena. Sampai ke petang baru bernyawa Sang Kereta.... Agenda tergendala jadi rencana ditunda. Takpelah ... mesti ada hikmah disebalik kejadian.

Agenda pagi... Bermandian di Melaka Wonderland. Mandi sampai kecut... heee... mcm la kat KL xde taman air kan? Xpelah... seronok untuk anak - anak je. Dalam bersiap nak teruskan agenda, hujan turun lebat, sekali lagi stuck sebab situasi...alahai.. nak pergi parking memang kuyup la so tunggu jelah...Ermmm...mungkin pihak Melaka Wonderland kena sediakan laluan berbumbung untuk kemudahan pengguna, tak gitu??? Ceeeyy...memandai je kome...

Taman Burung, selain panorama landskap yg hijau dan tenang,  seronok kami tengok burung yg jinak dan cantik. Tengok gambar jelah ye... Best tak best, sendirilah nilai. Peace !!!!

Mini Malaysia, destinasi akhir... tak puas meronda, sebab dah nak tutup. Huhu... sedey!!! Banyak rumah tak dapat tengok. Lain kali mesti datang lagi lawat Mini Malaysia, anak - anak  pun frust ... babah lagilah frust ... ibu nyer, maintain jew ... ;)

Souvenier dari Melaka. Cuci mata, sekali cuci poket la.... haha.

Adinda dan Nian Indah 2013 Birthday


Sambutan hari lahir Adinda dan Indah diadakan serentak. Maklumlah anak ramai, takkan nak sambut tiap sorang kan? Kali ini, riuh dari biasa... dekorasi lebih kreatif. Anak - anak yang besar sudah pandai menghias dan memberi idea.... Photo booth simple disediakan untuk sessi bergambar. Kakak Nissa pula sukarela nak jadi maskot...
Adinda dan Indah comel dengan crown kecil dikepala. Telatah diorang tak jemu mengundang tawa kami sekeluarga. Semoga Adinda dan Indah membesar menjadi anak berguna dan solehah.


Enjoy the vids ... Partyeeeing !!!!

ADINDA SUDAH BESAR


Adinda ku dh pandai melawa.Skrg dh pndi memilih bju.nak yg cmtu,nk cmni... Sejak pndi ckp ni, pelat2 sket la,mulut tu asyik mengomel...pot pet pot pet...ermmm... Mekap ibu habis lunyai.pndi plak tang mna nk tonyoh bnda2 tu... Tang pipi,mulut,mata..pndi no la kau Dinda ooiiii.. X pe la... Ku ikutkan aje.