Entah keberapa kali kami kesini... tak tahu ada pondok istimewa tersorok di sini. Nyaman walau sesekali di gigit nyamuk. Pondok buluh agak sedikit usang tapi masih kukuh. Dapatlah kami 'port' santai kami. Menjamu nasi dengan situasi begini memang luarbiasa seleranya. Sekali hadap je, habis licin semuanya.Selepas kenyang, berjalan - jalan lah pula... sempat juga kami sedas dua bergambar.
Lelah aku mengejar Adinda yang makin ligat. Tengok saja gelagatnya bergambar....
Singgah di Menara, berat je aku nak sama naik, dek kerana anak - anak mendesak aku gagahkan juga. Separuh jalan di Menara, kaki sudah terasa lembik. Jalanku lurus tak memandang kiri kanan apatah lagi ke bawah.... sendiri cari pasal, padanlah muka. Jangan kenan kat baby sudah....heee... Mungkin penangan mengandung, gayatku menjadi - jadi.
0 comments:
Post a Comment