Satu pagi di Awal Muharam
Awal pagi di Awal Muharam itu, disaat manusia semua memasang azam memiliki kehidupan lebih baik aku masih terbaring memikirkan azam ku yang masih menjadi angan.....Aku tak mahu angan ini makin menjauh. Aku tidak mahu angan ini berubah menjadi mimpi...lalu ku pegang angan ini menjadi harapan dan ku bawa ke sini dengan seribu keazaman. Di pagi Awal Muharam itu.....
Tetapi apa yang aku tinggalkan pada tahun - tahun yang lepas tetap memberi impak yang besar dalam hidupku. Walaupun aku tidak memperolehi apa yang aku inginkan tetapi aku masih mendapatkan apa yang aku perlukan...
Aku sendiri telah menetapkan pada diriku, agar tidak terlalu mengharap pada sesuatu yang bukan di dalam linkungan kemampuan dan keupayaanku. Tetapi itu tidak membuat aku menutup terus jalan untuk punya harapan tinggi mengunung waima cecah melangit....... itu adalah karma. Setiap dari kita memiliki angan itu. Cuma terserah pada empunya untuk berazam memiliki. Ya...persis seperti aku. Berazam memiliki sebuah hidup tanpa cacat cela tanpa terumbang ambing tanpa dula lara tanpa pahit uwweekk.... ..
Dan di pagi awal muharam itu, aku berdialog pada diri sendiri apakah mungkin terjadi kehidupan sebegini sempurna....sedangkan sepohon pokok yang hidup cuma kaku dan tegak seperlama juga punya kisahnya. Daunnya dijamah serangga, buahnya dicubit ulat... Inikan pula aku, manusia punya kaki yang bergerak di atas titian hidup yang takdirnya yang belum tentu.... yang punya sejuta kisah unuk dilayarkan atas pentas dunia sementara..... yang masih punya ceruk yang belum dirantau redah. Pasti sesekali aku akan tersandung atau mungkin melalui sebuah lara. Lebih teruk aku terpaksa memilih untuk berhenti bila destinasi itu sendiri mati.Tetapi itulah kehidupan, tersirat dan tersurat...malah terselit dan menyelit....
Setiap satunya saling berpautan, lalu manusia seperti aku dan kau boleh menilai liku ranjau sebuah perjalanan kehidupan dan merumus buruk dan baik darinya.
Di pagi awal muharam itu, aku mahu berazam untuk bersama kalian... Ayuh kita bersama memasang harapan dan berazam melaksanakannya. Melalui setiap detik realiti, mengambil segala kebaikan dan menilai segala keburukan darinya. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari kita dan yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T.
Selamat menyambut AWAL MUHARAM..
Dedicated to Beloved Hubby..

When things go wrong, as they sometimes will, When the road you're trudging seems all uphill, When the funds are low and the debts are high, And you want to smile, but you have to sigh, When care is pressing you down a bit - REST if you must, but DON'T YOU QUIT!
Life is queer with its twists and turns, as every one of us sometimes learns, and many a fellow turns about. When he might have won had he stuck it out. Don't give up though the pace seems slow - You may succeed with another blow...
Success is failure turned inside out. The silver tint of the cloud of doubt, And you never can tell how close you are, It may be near when it seems afar. So stick to the fight when you're hardest hit, It's when things seem worst that you.... MUSTN'T QUIT !!!
ALWAY'S BY UR SIDE


Buruk Siku......Petikan Novelku...
Terkelip-kelip mata anum, sesekali dia mengosoknya. Matanya kelabu berair. Dah berkali matanya digososk dicengkang dibuntang namun kelabu matanya tak juga hilang. Lagi pedih adalah..
“ aaaaaahhhh ,” cepat – cepat di kartup mulutnya.
Entah keberapa kali Anum menguap. Hidung pun dah naik membulat dek kembang kucup. Anum cuba untuk konsentrasi tapi kuasa tidur itu lebih kuat. Anum dah tak kisah…. bantal dan katil bukan lagi pilihan. Nak saja dia labuhkan kepalanya di mana yang sempat asalkan matanya dapat melepas hela.
“ Bila la nak abis nih !!!” matanya berair lagi penangan nguapannya yang entah keberapa kali.
“ Kalau tahu ganti dia ni… tak ingin aku nak datang, dah le asyik membebel….”
Anum benci betul kalau Fazil yang mengajar. Hah ! hilang dah perkataan Encik . Geram anum pada cikgu dia yang sorang ni…Cikgu Azura tiba – tiba bersalin cepat. Jadi ambil cuti kecemasan, cikgu ganti pula tak de. Akibatnya terpaksa aku dan mereka – mereka ni menghadap muka Cik Fazil yang cukup pandai buat orang bosan. Suka tak suka terpaksalah di hadapkan juga. Anum terus mendengar dan dengar…..dengar lagi…dan dengar….
“ Ehem….Cik Anum disana, awak mengantuk ke?" Anum terkejut, lakunya gelabah. Anum mengeji – gejip mata.
“ Errr…bukan tidur , eerrr… menghayati apa yang cik fazil cakap…”Alasan bodoh yang tiba tiba saja keluar mulut anum.
“Oooo…entah –entah terkenang yang disana tak ? “
“ Eh! Saya tak de yang di sana. “ Cepat saja Anum menyanggah.
“ Kalau macam tu cuba pandang yang disini..,” Anum terkedu. Satu Kuliah riuh…
“ Setan mamat sorang nih..bikin aku malu !” getus Anum. Ikut hati nak saja anum gayang mulut gatal si Fazil. Fazil tersenyum. Memang dari dulu lagi dia suka mengusik Anum.
Entah keberapa kali Anum menguap. Hidung pun dah naik membulat dek kembang kucup. Anum cuba untuk konsentrasi tapi kuasa tidur itu lebih kuat. Anum dah tak kisah…. bantal dan katil bukan lagi pilihan. Nak saja dia labuhkan kepalanya di mana yang sempat asalkan matanya dapat melepas hela.
“ Bila la nak abis nih !!!” matanya berair lagi penangan nguapannya yang entah keberapa kali.
“ Kalau tahu ganti dia ni… tak ingin aku nak datang, dah le asyik membebel….”
Anum benci betul kalau Fazil yang mengajar. Hah ! hilang dah perkataan Encik . Geram anum pada cikgu dia yang sorang ni…Cikgu Azura tiba – tiba bersalin cepat. Jadi ambil cuti kecemasan, cikgu ganti pula tak de. Akibatnya terpaksa aku dan mereka – mereka ni menghadap muka Cik Fazil yang cukup pandai buat orang bosan. Suka tak suka terpaksalah di hadapkan juga. Anum terus mendengar dan dengar…..dengar lagi…dan dengar….
“ Ehem….Cik Anum disana, awak mengantuk ke?" Anum terkejut, lakunya gelabah. Anum mengeji – gejip mata.
“ Errr…bukan tidur , eerrr… menghayati apa yang cik fazil cakap…”Alasan bodoh yang tiba tiba saja keluar mulut anum.
“Oooo…entah –entah terkenang yang disana tak ? “
“ Eh! Saya tak de yang di sana. “ Cepat saja Anum menyanggah.
“ Kalau macam tu cuba pandang yang disini..,” Anum terkedu. Satu Kuliah riuh…
“ Setan mamat sorang nih..bikin aku malu !” getus Anum. Ikut hati nak saja anum gayang mulut gatal si Fazil. Fazil tersenyum. Memang dari dulu lagi dia suka mengusik Anum.
Kalau dia buat muka macam tu, “comel….” hatinya gatal
Kalau orang lain , kau cakap macam itu dah tentu perasan.Anum memang berbeza, walaupun sikapnya kasar tapi dia disenangi.
Entah kenapa…..
bersambung....hehehe...
Entah kenapa…..
bersambung....hehehe...
Luluh Luhurku...(Petikan Karya)
KENAPA KAU MINTA PERCAYA,
BILA KAU SENDIRI MENELAJANGINYA .....
KENAPA KAU MINTA SAYANG,
BILA KAU SENDIRI MEMBAHAGI CURANG ........
MANA LETAK HATI,
BILA AKAL TAK DAPAT MEMBERI....
KAU TEGAR MELAKUKAN
DAN BAHANA ....
AKU SUKAR MEMAAFKAN !!!!
Terima Kasih atas Derita
Bicara Duka....(Petikan Karya)
Bila aku derita, aku derita sendiri ..tiada teman ..tiada bicara ....
Bila aku menangis, sedu ku sepi...tiada pujuk ..tiada yang menyapu airmata ...
Bila aku sakit, tiada yang peduli ...berangan, sebuah usapan cuma...
aku tak pernah kesal, demi sebuah sayang dan kasih yang aku harap terbalas bahagia...
tapi......
bila ini terjadi, aku tetap begini ...lebih tangis ....lebih sakit ....lebih derita ....
Yang pasti aku tak tahu sampai bila ,
kerana ia bukan titian yang aku bisa robohkan sesuka bila...
tapi ianya sebuah kenangan, yang tak boleh hilang walaupun di kerah paksa ...
kenangan yang tersimpan duka maha pahit ....sehingga tubuh ini lesu, jiwa ini mati .....
kerana sayang dan kasih ini masih aku simpan untuk bahagia yang tidak lagi mungkin ...
.......... TIDAK LAGI TERTITIP BUAT DIA ......
Istimewa.....(Petikan Karya)
Buntang mataku
Lihat kau memaling
Wajah masammu…..
Pening kepalaku
Fikir apa yang
sudah aku lakukan…..
Kenapa pergi tiba – tiba
Dia cuma seorang
Yang aku kenal……..
Hanya bersapa bila berjumpa
Tidak pernah pula cuba
Ku kenali hati budinya
Kau kenalanku
Yang memahami…..menemani….
Tawa dan tangis
Jadi biasa…….
Kau kenalanku
Yang bisa jadi teman …….
bisa jadi kekasih
Pilihlah Satu….
Terdetik dihati
Adakkah kau cemburu…..
Kalaulah benar…..
Aku suka Aku bahagia
Beza kau dan dia
Kenal dan kenalan
Ketara dimata……Ketara dihati…..
SESAL...(Petikan Karya)
Kalau ada satu hari .....
Akan ku pilih untuk tidak melalui jalan ini.
Kalau ada satu hari.....
akan ku pilih untuk tidak menyayangimu
Kalau ada satu hari.....
akan ku pilih untuk tidak memilihmu
Kalau ada satu hari.....
akan ku pilih untuk tidak mengenalimu
Kalau CUMA ada satu hari....
SUMPAH !!!!
Aku akan minta pada tuhan untuk tidak ada aku di BumiNYA
Jika Kau Mahu Cinta ...(Petikan Karya)
Jika kau mahu cinta
pandang ke bayu sana....
ada sejuta cinta tanpa mata
yang bisa mencinta tanpa pinta dicinta....
Jangan cuma memilih cinta
bilamana di dalamnya tiada kasih....
percaya bila ia tiba
percaya bila ia tiba
tertakdir untukmu dia yang terpilih...
Mencambuk Jiwa 2...(Petikan Karya)
Walaupun kau disisi
Tangisku tetap sendiri……..
Tiada ruang untuk ku
Labuhkan rasa……
Kau tetap disitu
Walaupun tangisku
Berubah menjadi sedu……..
Luahan terpendam
Menjadi api hati
Dan………
Diamku bukan
Bererti sepi
Zahirnya,
Kau buat
Hakikat Menjadi dendam…..
Mencambuk Jiwa...(Petikan Karya)
Andai dapat sekali lagi jatuh cinta pasti akan aku pertimbangkan dirimu ....Apa yang terjadi sekarang adalah terlarang ...Aku masih takut dosa dan aku masih tahu batas mana.
Hati ini pernah merasa apa itu cinta tapi tidak pernah merasa akan nikmatnya. Cintaku dulu beraduk nafsu, maka jiwa jadi buta lalu ku ketepikan kasih dan memilih cuma sayang ....Sedangkan kau tulus menghulurkan keduanya. Kerana itu kita tidak ditakdirkan. Kau terlalu lurus dan baik, tidak sekali mengenalimu itu sia - sia .....
Percayalah " Bersatu mungkin buruk buat takdir kita "
Saat dipertemukan semula, hati walangku berbunga.Hadir seorang teman untuk aku kongsi bicara. Tapi reaksimu sudah jauh dari jangkaku dan aku terpaksa memangkah .....Aku milik orang ....tubuh dan hati telah tertitip buat yang hak. Walau hati ini lesu tapi tubuh ini masih tegar membawa dirinya.
Hatiku ibarat bunga yang layu namun akarnya masih bertunjang di akarnya .....Disitulah aku memeluk harapan, satu hari akan kembali bunga ini bukan sekadar mekar malah tersebar harumnya.....
Kalaupun kau tahu akan keadaanku ....aku tidak dapat menidakkan ....tapi bukan bermakna aku mengiyakan. Apa yang kau lihat bukan mengambarkan apa yang terjadi. Aku mungkin akan derita lagi ....tapi harapan aku tidak pernah mati. Aku pasti bahagia yang aku kejar ada di sana sekalipun aku mengecapinya disaat penghujung nyawa. Sekurang - kurang aku masih ada cerita kita ....cerita yang masih bisa membuat bibirku tersenyum semula .....
Biarlah apa yang tersirat , menjadi rahsia aku dan Tuhan.Sudah tertulis di situ, takdirnya
begini ...setakat mana aku kuat melaluinya Hanya DIA yang lebih mengetahui.....
Senandung Bulan....(Petikan Karya)
Ku impikan kau
senandungkan tidurku
hingga mata ini lena
moga mimpi indah memelukku
tentunya bersama kamu .....
Bersama kamu
Ku damba kau
selimuti dinginku
hiasi dengan berjuta bintang
kerlipnya gemilang cahaya
tentunya bersama kamu
.....Bersama kamu
Hadirlah bawa aku
ke dunia yang cuma ada kita....
Harungi indah dan derita....
membiarkan hidup membawa kita....
Tetap nyata
Ku terus Cinta Tetap
pasti Ku terus Kasih
Menerima seadanya ...Apa jua....
Ku masih menanti
tibalah satu hari
saat bahagia
............Hadirlah kasih
Kurniakan Ikatan Jiwa
hingga mata ini lena
moga mimpi indah memelukku
tentunya bersama kamu .....
Bersama kamu
Ku damba kau
selimuti dinginku
hiasi dengan berjuta bintang
kerlipnya gemilang cahaya
tentunya bersama kamu
.....Bersama kamu
Hadirlah bawa aku
ke dunia yang cuma ada kita....
Harungi indah dan derita....
membiarkan hidup membawa kita....
Tetap nyata
Ku terus Cinta Tetap
pasti Ku terus Kasih
Menerima seadanya ...Apa jua....
Ku masih menanti
tibalah satu hari
saat bahagia
............Hadirlah kasih
Kurniakan Ikatan Jiwa
Okay, dah berapa bulan blog ni terbengkalai disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan.......
Hari ini, akhirnya dapat juga aku menjenguk semula blog XTVT kami nih..!!! Anak - anak mula memasang impian dan aku sebagai ibu mereka yg cuba ber ' mithali ...' ( insya Allah ) akan cuba merealisasi.
Dan ini hasil kerja pertama anak aku yang ketiga, AINUR ANNISSA
............................taaaadaaaaaa.....
![]() |
![]() |
Make a Smilebox scrapbook |